Pengurusan dan Pentadbiran Dalam Islam
Tuesday, 15 March 2016
PENDAHULUAN
Syukur Alhamdulillah kerana
dengan limpah dan kurniaNya kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.
Tujuan kami membuat blog ini adalah untuk
memberi manfaat kepada kami dan pembaca terutama dalam pengurusan Islam.
Perkara yang berkaitan dengan budaya kerja cemerlang, pengurusan berkualiti,
profesionalisme dalam pengurusan dan penerapan nilai- nilai Islam dalam
pengurusan dan pentadbiran islam.Satu faktor yang mendorong minat untuk
memperkatakan hal-hal tersebut ialah akibat meluasnya fasad atau kerosakan,
keburukan dan kejahatan hasil daripada kezaliman, penipuan, penindasan, dan
sebagainya yang bertentangan dengan hati nurani manusia dan Islam di dalam
semua bidang kehidupan.Walaupun hanya segelintir manusia yang melakukan
perkara-perkara yang negatif kesannya akan melibatkan semua
pihak secara langsung mahupun tidak langsung. Pengurusan dan pentadbiran Islam
dalam erti kata yang sebenarnya tidak pernah memisahkan pemerintahan,
pengurusan dan pentadbiran dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Islam sebagai cara hidup yang
komprehensif dapat memberikan petunjuk terbaik ke arah budaya kerja yang
terbaik. Islam juga menyediakan etika kerja yang cemerlang yang dapat di jadikan
landasan motivasi dan membina sikap pengurusan yang baik. Di
samping itu, islam (Al-Quran dan as-Sunnah) juga memberikan kaedah-kaedah pengurusan seperti syura (Musyawarah) dan lain-lainya. Dengan kata lain, pengurusan
dalam islam adalah alternatif tepat ke arah yang baik ,prestasi kerja yang cemerlang dan produk yang berkualiti.
DEFINISI PENGURUSAN
PENGURUSAN
Pengurusan mempunyai
pelbagai definisi yang diberikan oleh sarjana-sarjana muda pengurusan.
Adakalanya pengurusan dirujuk sebagai satu proses yang merupakan usaha pengurus
merancang dan menggunakan segala keupayaan untuk mencapai matlamat.
Wan Azmi berpendapat pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau
panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah,
peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.
Kesimpulannya pengurus ialah kemahiran dalam melaksanakan semua fungsi pengurusan untuk mencapai objektif tertentu yang telah ditetapkan. Kewujudan organisasi adalah sebagai penggerak dan penyelaras utama sama ada yang berkaitan dengan urusan dalaman atau luaran dan perihal para pengurus yang semestinya bersifat adil dan saksama.
PENGURUSAN PADA PANDANGAN SARJANA ISLAM
‘ pengurusan sebagai
satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang untuk
menjadi pengurus’
( Ibrahim Abu Sin )
‘ pengurusan sebagai melayan
kehendak awam atau rakyat’ “ saya telah melantik gebenor bagimu, juga para
pegawai bukan untuk memikul tubuh atau mengambil hartamu tetapi mendidik dan
melayanmu”
( Umar Bin Al khatab )
‘ pegurusan sebagai
kebolehan menggunakan segala sumber alam dan manusia kurniaan allah untuk
kebajikan manusia dan sistem perlaksanaan serta penyelarasan dasar pemerintah
oleh kementerian, jabatan, institusi, dan badan yang ditubuhkan’
( Dr Mohamad Yusof Noor )
‘pengurusan merupakan
proses mendapat dan mencantum sumber kewangan,modal,tenaga manusia dan
sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan
atau perkhidmatan’
( Prof Syed Othman Al Habshi )
Sumber rujukan : Buku teks pengurusan dalam islam.
Sumber rujukan : Buku teks pengurusan dalam islam.
DEFINISI PENTADBIRAN
PENTADBIRAN
Untuk mengurus sesuatu
organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.
Menurut Ibnu Khaldun
(1995) definisi pentadbiran islam sebagai suatu kegiatan masyarakat
dalam menguruskan hal-hal kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat. Beliau berpendapat
bahawa pentadbiran adalah suatu konsep asas dalam bermasyarakat yang
bertunjangkan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi
ataupun masyarakat. Beliau juga menyatakan pentadbiran islam adalah ira sati
ad-din wa siyasatun dunya bih (meletakkan agama di tempat yang paling tinggi
dan mentadbir dunia dengannya)
Para sarjana pengurusan berpendapat bahawa pentadbiran dan pengurusan memberi pengertian yang sama dari segi pengistilahan. Apabila dibicarakan dalam aspek-aspek pentadbiran tertentu akan dirujuk kepada istilah pengurusan, kerana setiap organisasi atau institusi biasanya mempunyai sistem pengurusannya.
Namun secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa tiada garis pemisah yang nyata di antara pengurusan dan pentabiran, Boles dan Davenport (1976) menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan menganalisis, mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Sumber rujukan : Buku teks pengurusan dalam islam.
JENIS PENGURUS
Manusia sebagai makhluk
Allah bukan sahaja berperanan sebagai khalifah Allah malah juga sebagai hamba
Allah. Di dalam penugasan Allah kepada manusia sebagai pengurus dunia.
1. Pengurus sebagai hamba Allah
Peranan seorang pengurus sebagai hamba Allah lebih menjurus kepada sikap dan kelakuan pengurus ke arah perhubungan secara langsung dengan Allah SWT untuk menjadikan dirinya seorang yang beriman dan beramal soleh. Seorang pengurus islam mesti yakin bahawa Allah amat Maha Mengetahui terhadap segala tindak tanduk dan perlakuan dirinya kerana Allahlah yang mencipta dirinya dan manusia yang lain.
Tugas utama pengurus
islam ialah beribadah dengan menyerah seluruh jiwa raganya kepada Allah SWT.
Bagi menghubungkan dirinya terus dengan Allah SWT seorang pengurus seperti
manusia yang lain wajib menunaikan solat. Manusia sebagai makhluk Allah bukan
sahaja berperanan sebagai khalifah Allah, malah juga sebagai hamba Allah.
2. Pengurus sebagai khalifah Allah
Peranan pengurus sebagai khalifah Allah merupakan hasil daripada pemberian amanah oleh Allah SWT kepada manusia dalam merealisasikan dirinya sebagai hamba Allah. Oleh sebab peranan ini merupakan satu amanah, maka dengan sendirinya ia menjadi tanggungjawab yang berat bagi pengurus.
Pengurus memegang amanah sebagai khalifah Allah berperanan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran supaya pekerja, organisasi dan dirinya memperoleh al-falah. Pra syarat asas untuk menjadi khalifah Allah ialah seorang pengurus itu mestilah seorang yang berilmu . Ilmu yang utama bagi dirinya ialah ilmu makrifatullah , iaitu ilmu mengenal Allah SWT. Ilmu ini termasuklah mengenali dan mengamalkan islam sebagai ad-Din. Ilmu yang kedua pula ialah ilmu tentang bidang ataupun disiplin pengurusan.
3. Pengurus sebagai saudara sesama islam
Peranan pengurus sebagai saudara sesama islam akan memastikan pengurus memperlakukan pekerja sebagai saudara mereka sendiri. Peranan ini jelas disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "orang-orang yang bekerja di bawahmu ialah saudaramu. Orang yang bekerja dibawahmu sebenarnya diizinkan Allah mengikut perintahmu. Seorang yang mengambil saudaranya sebagai pekerja wajib memberinya makanan darpada apa yang ia makan dan memberi pakaian daripada apa yang ia pakai. Dan para pekerja tidak boleh dibebankan dengan tugas-tugas di luar daripada kemampuan mereka. Jika anda telah berikan mereka tugas berat, maka anda hendaklah menolong mereka.
Sumber rujukan : Buku teks pengurusan dalam islam.
KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM
Konsep pengurusan dan pentadbiran islam
Pengurusan atau
pentadbiran merupakan antara elemen terpenting dalam islam. Dalam Al-Quran ada
disebut beberapa ayat umum mengenai pengurusan dan pentadbiran. Allah SWT
menggunakan perkataan ' YUDABBIRU ' yang bermaksud mentadbir atau mengurus
dalam ayat-ayat tersebut. Ini menggambarkan bahawa alam yang luas terbentang
dengan segala ekosistem yang maujud di dalamnya daripada
sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara semuanya
ditadbir urus dengan baik oleh Allah SWT.
Antara ayat-ayat yang
berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan adalah :
1. Surah as-Sajadah,
ayat 5 :
Maksudnya : " Tuhan
yang mentadbirkan makhluk-makhluk-NYA (bagi melaksanakan tadbir-NYA itulah
menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi, kemudian diangkat
naik kepada pengetahuan-NYA (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbir-NYA
itu untuk dihakimi) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang
bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa."
2. Surah al-Ra'd, ayat 2
:
Maksudnya : " Allah
jugalah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tidak bertiang
sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan Ia
memudahkan matahari dan bulan untuk faedah makhluk-makhluk-NYA, tiap-tiap satu
beredar untuk suatu masa yang ditetapkan. Allah jugalah yang mentadbirkan
segala urusan, Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-NYA satu persatu supaya kamu
yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)."
3. Surah Yunus, ayat 3 :
Maksudnya : "
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa
enam hari, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan.
Tiada siapa pun dapat membeerikan syafaat melainkan dengan izin-NYA. (Yang
bersifat demikian) itulah Allah Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan) kamu,
maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintah-NYA, patutkah kamu setelah
mengetahui kenyataan tersebut tidak mahu mengingati-NYA?"
4. Surah Yunus, ayat 31
:
Maksudnya : "
Tanyalah kepada mereka (yang musyrik itu) : Siapakah yang memberikan rezeki
kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan
penglihatan? dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang
mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah
pula yang mentadbir urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan
tersebut) maka mereka yang musyrik itu tetap akan menjawab (mengakui) dengan
berkata : Allah jualah yang menguasai segala-galanya. Oleh itu katakanlah :
Jika kamu mengakui yang demikian, mengapa kamu tidak bertaqwa?"
Ungkapan yudabbirul
amr yang disebut di dalam ayat-ayat al-Quran diatas yang membawa
maksud mengatur segala urusan dirasakan sesuai untuk meenjadi latar belakang
dan teras kepada definisi islam terhadap pengurusan dan pentadbiran. Al-Bura'ey
dalam salah satu tulisannya menjelaskan takrif yudabbirul amr ini, sebagai
merangkumi keupayaan merancang, merencana, mengarah, mengatur, mengurus, dan
mentadbir sesuatu urusan.
Kesimpulannya kita
sebagai hamba Allah yang berada diatas muka bumi ini hendaklah menggunakan
konsep pungurusan dan pentadbiran islam ini dengan baik dan sempurna tanpa ada
sebarang cacat cela.
Sumber rujukan : Buku teks pengurusan dalam islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)