Tuesday, 15 March 2016

KESIMPULAN




               Sebagai rumusannya, Islam mempamerkna sifat-sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran                dan pengurusan Islam antaranya ialah :





1.   Kepimpinan Islam mengambil kira kedua-dua belah pihak secara sepadu iaitu pemimpin dan yang dipimpin.

2.   Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam Islam terserlah satu tindakan bersama kerana terdapatnya peluang untuk berbincang, diskusi, berdialog dan bermesyuarat (syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas.

3.  Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam organisasi. Langkah diplomasi iaitu melalui konsep menasihati, tegur menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan.

4.  Islam banyak menonjolkan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang tebaik selepas usaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan.


No comments:

Post a Comment