Manusia sebagai makhluk
Allah bukan sahaja berperanan sebagai khalifah Allah malah juga sebagai hamba
Allah. Di dalam penugasan Allah kepada manusia sebagai pengurus dunia.
1. Pengurus sebagai hamba Allah
Peranan seorang pengurus sebagai hamba Allah lebih menjurus kepada sikap dan kelakuan pengurus ke arah perhubungan secara langsung dengan Allah SWT untuk menjadikan dirinya seorang yang beriman dan beramal soleh. Seorang pengurus islam mesti yakin bahawa Allah amat Maha Mengetahui terhadap segala tindak tanduk dan perlakuan dirinya kerana Allahlah yang mencipta dirinya dan manusia yang lain.
Tugas utama pengurus
islam ialah beribadah dengan menyerah seluruh jiwa raganya kepada Allah SWT.
Bagi menghubungkan dirinya terus dengan Allah SWT seorang pengurus seperti
manusia yang lain wajib menunaikan solat. Manusia sebagai makhluk Allah bukan
sahaja berperanan sebagai khalifah Allah, malah juga sebagai hamba Allah.
2. Pengurus sebagai khalifah Allah
Peranan pengurus sebagai khalifah Allah merupakan hasil daripada pemberian amanah oleh Allah SWT kepada manusia dalam merealisasikan dirinya sebagai hamba Allah. Oleh sebab peranan ini merupakan satu amanah, maka dengan sendirinya ia menjadi tanggungjawab yang berat bagi pengurus.
Pengurus memegang amanah sebagai khalifah Allah berperanan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran supaya pekerja, organisasi dan dirinya memperoleh al-falah. Pra syarat asas untuk menjadi khalifah Allah ialah seorang pengurus itu mestilah seorang yang berilmu . Ilmu yang utama bagi dirinya ialah ilmu makrifatullah , iaitu ilmu mengenal Allah SWT. Ilmu ini termasuklah mengenali dan mengamalkan islam sebagai ad-Din. Ilmu yang kedua pula ialah ilmu tentang bidang ataupun disiplin pengurusan.
3. Pengurus sebagai saudara sesama islam
Peranan pengurus sebagai saudara sesama islam akan memastikan pengurus memperlakukan pekerja sebagai saudara mereka sendiri. Peranan ini jelas disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "orang-orang yang bekerja di bawahmu ialah saudaramu. Orang yang bekerja dibawahmu sebenarnya diizinkan Allah mengikut perintahmu. Seorang yang mengambil saudaranya sebagai pekerja wajib memberinya makanan darpada apa yang ia makan dan memberi pakaian daripada apa yang ia pakai. Dan para pekerja tidak boleh dibebankan dengan tugas-tugas di luar daripada kemampuan mereka. Jika anda telah berikan mereka tugas berat, maka anda hendaklah menolong mereka.
Sumber rujukan : Buku teks pengurusan dalam islam.
No comments:
Post a Comment