Tuesday, 15 March 2016

KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

Konsep pengurusan dan pentadbiran islam

Pengurusan atau pentadbiran merupakan antara elemen terpenting dalam islam. Dalam Al-Quran ada disebut beberapa ayat umum mengenai pengurusan dan pentadbiran. Allah SWT menggunakan perkataan ' YUDABBIRU ' yang bermaksud mentadbir atau mengurus dalam ayat-ayat tersebut. Ini menggambarkan bahawa alam yang luas terbentang dengan segala ekosistem yang maujud di dalamnya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara semuanya ditadbir urus dengan baik oleh Allah SWT.

Antara ayat-ayat yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan adalah :

1. Surah as-Sajadah, ayat 5 :

Maksudnya : " Tuhan yang mentadbirkan makhluk-makhluk-NYA (bagi melaksanakan tadbir-NYA itulah menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi, kemudian diangkat naik kepada pengetahuan-NYA (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbir-NYA itu untuk dihakimi) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa."


2. Surah al-Ra'd, ayat 2 :

Maksudnya : " Allah jugalah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tidak bertiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan Ia memudahkan matahari dan bulan untuk faedah makhluk-makhluk-NYA, tiap-tiap satu beredar untuk suatu masa yang ditetapkan. Allah jugalah yang mentadbirkan segala urusan, Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-NYA satu persatu supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)."


3. Surah Yunus, ayat 3 :

Maksudnya : " Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tiada siapa pun dapat membeerikan syafaat melainkan dengan izin-NYA. (Yang bersifat demikian) itulah Allah Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan) kamu, maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintah-NYA, patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan tersebut tidak mahu mengingati-NYA?"


4. Surah Yunus, ayat 31 :

Maksudnya : " Tanyalah kepada mereka (yang musyrik itu) : Siapakah yang memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbir urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan tersebut) maka mereka yang musyrik itu tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata : Allah jualah yang menguasai segala-galanya. Oleh itu katakanlah : Jika kamu mengakui yang demikian, mengapa kamu tidak bertaqwa?"


Ungkapan yudabbirul amr yang disebut di dalam ayat-ayat al-Quran diatas yang membawa maksud mengatur segala urusan dirasakan sesuai untuk meenjadi latar belakang dan teras kepada definisi islam terhadap pengurusan dan pentadbiran. Al-Bura'ey dalam salah satu tulisannya menjelaskan takrif yudabbirul amr ini, sebagai merangkumi keupayaan merancang, merencana, mengarah, mengatur, mengurus, dan mentadbir sesuatu urusan.


Kesimpulannya kita sebagai hamba Allah yang berada diatas muka bumi ini hendaklah menggunakan konsep pungurusan dan pentadbiran islam ini dengan baik dan sempurna tanpa ada sebarang cacat cela.

Sumber rujukan : Buku teks pengurusan dalam islam.

1 comment: