Tiga prinsip pengurusan
dan pentadbiran islam yang penting ialah:
a) Demokrasi
b) Syura
c) Delegasi
DEMOKRASI
Demokrasi ialah jaminan
hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak. Namun
demikian, Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat. Islam
menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap
individu bersifat benar,jujur,ikhlas,amanah,bertanggungjawab dan adil dalam
pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong,mungkir
janji,mengampu dan sebagainya.
SYURA
Prinsip syura dalam
pengurusan merangkumi perundingan,perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan
bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk
memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip ini akan
memperkukuhkan lagi demokrasi,sifat amanah,benar dan ikhlas dalam diri
individu.
DELEGASI
Delegasi atau agihan dan
penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran,kelayakan dan minat
seseorang didalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau
kedua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas
dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih
disandang oleh pihak pengurusan.
Sumber rujukan : Internet
Sumber rujukan : Internet
No comments:
Post a Comment