Tuesday, 15 March 2016

DEFINISI PENGURUSAN

PENGURUSAN

Pengurusan mempunyai pelbagai definisi yang diberikan oleh sarjana-sarjana muda pengurusan. Adakalanya pengurusan dirujuk sebagai satu proses yang merupakan usaha pengurus merancang dan menggunakan segala keupayaan untuk mencapai matlamat.
Wan Azmi berpendapat pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.

Kesimpulannya pengurus ialah kemahiran dalam melaksanakan semua fungsi pengurusan untuk mencapai objektif tertentu yang telah ditetapkan. Kewujudan organisasi adalah sebagai penggerak dan penyelaras utama sama ada yang berkaitan dengan urusan dalaman atau luaran dan perihal para pengurus yang semestinya bersifat adil dan saksama.


PENGURUSAN PADA PANDANGAN SARJANA ISLAM

‘ pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang untuk menjadi pengurus’ 
( Ibrahim Abu Sin )

‘ pengurusan sebagai melayan kehendak awam atau rakyat’ “ saya telah melantik gebenor bagimu, juga para pegawai bukan untuk memikul tubuh atau mengambil hartamu tetapi mendidik dan melayanmu”

( Umar Bin Al khatab )

‘ pegurusan sebagai kebolehan menggunakan segala sumber alam dan manusia kurniaan allah untuk kebajikan manusia dan sistem perlaksanaan serta penyelarasan dasar pemerintah oleh kementerian, jabatan, institusi, dan badan yang ditubuhkan’ 

( Dr Mohamad Yusof Noor )

‘pengurusan merupakan proses mendapat dan mencantum sumber kewangan,modal,tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan’


( Prof Syed Othman Al Habshi )


Sumber rujukan : Buku teks pengurusan dalam islam.

No comments:

Post a Comment