Tuesday, 15 March 2016

PENDAHULUAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi. Tujuan kami membuat blog ini adalah untuk  memberi manfaat kepada kami dan pembaca terutama dalam pengurusan Islam. Perkara yang berkaitan dengan budaya kerja cemerlang, pengurusan berkualiti, profesionalisme dalam pengurusan dan penerapan nilai- nilai Islam dalam pengurusan dan pentadbiran islam.Satu faktor yang mendorong minat untuk memperkatakan hal-hal tersebut ialah akibat meluasnya fasad atau kerosakan, keburukan dan kejahatan hasil daripada kezaliman, penipuan, penindasan, dan sebagainya yang bertentangan dengan hati nurani manusia dan Islam di dalam semua bidang kehidupan.Walaupun hanya segelintir manusia yang melakukan perkara-perkara yang negatif kesannya akan melibatkan semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung. Pengurusan dan pentadbiran Islam dalam erti kata yang sebenarnya tidak pernah memisahkan pemerintahan, pengurusan dan pentadbiran dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Islam sebagai cara hidup yang komprehensif dapat memberikan petunjuk terbaik ke arah budaya kerja yang terbaik. Islam juga menyediakan etika kerja yang cemerlang yang dapat di jadikan landasan motivasi dan membina sikap pengurusan yang baik. Di samping itu, islam (Al-Quran dan as-Sunnah) juga memberikan kaedah-kaedah pengurusan seperti syura (Musyawarah) dan lain-lainya. Dengan kata lain, pengurusan dalam islam adalah alternatif tepat ke arah yang baik ,prestasi kerja yang cemerlang dan produk yang berkualiti.

3 comments:

  1. Vint Ceramic Art | TITNIA & TECHNOLOGY
    Explore an all 메이피로출장마사지 new “Vint Ceramic Art” project https://septcasino.com/review/merit-casino/ on wooricasinos.info TITNIA 토토사이트 & TECHNOLOGY. titanium earrings Our team of sculptors and artists have created new and

    ReplyDelete